Sunday 27 May 2012

PERSIS UMP @ New Horizon Garden Restaurant..!!

Assalamualaikum   WBT & Salam Sayang ketat2 utk semua....



          Pada malam 25 Mei 2012, telah terukir satu lagi kenangan terindah bagi kami ahli Kelab PERSIS UMP, yang mana telah diadakan satu jamuan makan malam. Sambutan sangat meriah oleh semua generasi ahli PERSIS dari Gen-1 hinggalah yg paling bongsu Gen-4. VIP yang telah sudi untuk turun bersama kami adalah Prof. Yusserie Zainuddin, Penolong Naib Censelor Hal Ehwal Pelajar & Alumni UMP beserta En. Mohd Faisal dan Pegawai Psikologi UMP Kampus Pekan, Cik Farah Hazlini.

          Makan malam ni diadakan bersempena untuk meraikan abang2 & akak2 kami PERSIS [Gen-1] yang bakal bergraduasi tidak lama lagi.. Semester ini adalah merupakan semester terakhir untuk mereka.
Pada malam ini juga, terdapat pelbagai aktiviti menarik yang telah dijalankan seperti betukar-tukar hadiah dalam kalangan semua ahli, sesi persembahan oleh abang2 senior dan yang terakhir semestinye sesi bergambar sebagai tanda kenang-kenangan.

         Tanpa yang lama, tiadalah yang baru. Akak2 serta abang2 Gen-1 lah yang telah banyak bersusah payah demi kelab PERSIS, terima yang tidak terhingga kpd mereka. Mereka jugalah merupakan perintis kepada kelab yang telah ditubuhkan pada 19 Februari 2009. Kepada Penasihat kami, Mama Paridah Mohd Ali merangkap Pegawai Psikologi Kanan UMP, yang tidak dpt utk join bersama, tahniah di atas kelahiran cahaya mata [Amanina Nur Farihah]...

         Utk mengakhiri entry kali ni, khai telah mengupload beberapa gambar kenangan kami bersama abang2 & akak2 Gen-1 PERSIS di New Horizon Garden Restaurant... Harap sahabat dapat merasai kegembiraan yang ingin khai kongsikan bersama....=)

Salam penuh kecintaan buat semua...



p/s: jutaan terima kasih kepada semua yang telah hadir pada malam tu..hehe..=)








2 comments:

  1. Replies
    1. kan.. semoga hubungan kekeluargaan PERSIS kite akan kekal buat selamanya...hehehe

      Delete

Anda Mungkin Berminat