Monday 30 April 2012

Family Day (WHAPHAD) BKG 2012...=)

Assalamualaikum WBT & Salam 1 Malaysia...


Kanak2 riang sentiasa...hahaha

         Untuk entri kali ni khai nk kongsi pasal program last weekend yang mana khai rasa sangat best & mampu mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara kami mahasiswa/i Gas Tech UMP.. Program ni telah pun dijalankan pada 21 April 2012 (Sabtu) bertempat di Pantai Balok, Kuantan. Program ni berlangsung sehari je, yang mana telah melibatkan semua mahasiswa/i Gas Tech dari tahun 1 sehinggalah akak2 & abang2 tahun 4. Walaupun program sehari, tapi Alhamdulillah kami mampu untuk mengenali antara satu sama lain selaras dengan objektif program yang mana utk merapatkan lagi antara kami.

        Terdapat banyak aktiviti yang menarik telah dijalankan disana, antaranya Sukaneka, Explorace dan jugak semestinya aktivit wajib iaitu BBQ...hehehe
Program ni adalah anjuran pelajar tahun 2 yang juga merupakan program tahunan bagi Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia (Teknologi Gas).

        Setiap program pasti akan ade kelemahan2 tersendiri, tapi kelemahan kali ni sngat2 mendukacitakan.
Bas yang dijanjikan sebanyak 2 buah bas pada jam 8.30am x muncul2, selepas 3 1/2 jam menuggu di hentian bas, baru lah muncul dgn sebuah bas sahaja. Bukan niat utk mengaibkan sesape, tp kalo boleh biarlah pengurusan bas tersebut tidak menyusahkan kami mahasiswa/i. Hmmmm...benda dah pun berlaku, malas nk ingat dah, kang x pasal2 tekanan darah tinggi plak..hahaha

         Tapi ade satu benda yang khai paling suka, kesungguhan dan komitmen member yang ditunjukkan dalam berprogram. x semua orang yang suka join program, mampu utk handle or organize the program, tp khai tengok certain kawan2 khai ni, sngat bersemangat dan ade jgak permintaan utk buat program yang lain plak. hahaha
Adeh, malas nk berceloteh panjang [padahal da kering idea nk tulis..hehe..].. gambar2 dibawah adalah gambar sepanjang program Family Day BKG berlangsung. Harap sudi melihat ye...


Muke2 runners (juru gegas ok..) be4 Xplorace... 

 Meredah lautan bagai utk naik atas batu ni..haha
(citer nk gempak aje..huhu)

 Hasil seni Kenrick...kuikui

Rehat seketika di bwah kanopi usang...hehe 

 Makan2 be4 balik UMP..

 Abang2 & Akak2 Tahun 4 (Super Duper Senior)..=)

Senior retis Tahun 3..hehe

 Geng Tahun 2
Adik2 Tahun 1


Sunday 29 April 2012

Pengalaman Manis Bersama Adik2 SK Wira..=)

Assalamualaikum WBT & Salam Kerinduan...



Tepat Jam 7:10pm (28/04/12), khai bersama fasilitator2 yang lain telah selamat sampai di UMP dari SK Wira, Kuantan. Pengalaman pertama menjadi Timbalan Pengarah program sngat2 khai hargai... Walaupun pelbagai rintangan yang dtg tanpa diundang, tetapi kami barisan fasilitator menyambutnya dgn penuh kesabaran dan jadikan pengalaman tersebut sebagai sebahagian memori terindah yang kami lakarkan.

Pada 2 minggu yg lepas, Kelab PERSIS UMP, telah menerima jemputan dari pihak Sekolah Kebangsaan Wira bagi mengadakan Program Pemantapan Jati Diri & Rohani Murid Tahun 6. Kami sngat berbesar hati menerima jemputan tersebut...=)
Program ini berlangsung selama 2 hari ( 27-28/04/12) bertempat di Dewan Terbuka SK Wira. Orang kata, gambar mampu menceritakan segala-galanya.. Jadi khai telah upload beberapa keping gambar utk dikongsi bersama shbt semua...

Aktiviti Cantuman Persaudaraan



Ooooppppss....!!

Senamrobik...yeah..

Sorakan kumpulan...

   Taklimat di awal program..







Bersama kem komandan..


Terdapat juga aktiviti2 lain yang telah diadakan seperti Muhasabah Diri, Tazkirah dan juga Qiamullail...

p/s: segala aktiviti yg telah dijalankan diharap sedikit sebanyak membantu adik2 dlm meniti kehidupan seorang anak, seorang murid dan seorang Muslim yang baik di masa hadapan...Insya-Allah..

Wednesday 25 April 2012

Kelahiran Baru...!!

Assalamualaikum WBT & Salam Sayang...




          Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah SWT dengan izinnye dapat khai create another blog, dah 2 blog yg khai buat, due2 lupe password..haha...but this time khai betul-betul akan update blog ni sebaik mungkin, tp bukan lah bermaksud setiap hari.. Insya-Allah, at least 2 kali seminggu, Insya-Allah. Dengan blog ni khai dpt berkongsi cerita, pengalaman dan semua lah yang khai buat, dengar dan tonton. Bukan nak bajet artis, tapi sekadar ingin berkongsi dengan shabat2 yang berada di luar sana.

          Setakat ini dlu entry pertama khai, khai harap shbt2 di luar sana dapat support blog khai ni ye..dan jgn lupe follow, then i will follow u guys back...hehehe
Thanks sangat2...Salam...

       

Anda Mungkin Berminat