Sunday 16 September 2012

Merokok... Seksi ke Seksa...???

Assalamualaikum WBT....
Salam sayang & rindu buat semua...
          Waa...lama giler ase blog khai ni x berhupdate...hehe...Maklumlah, sebelum syokk bercuti panjang...3 bulan khai duk kat umah, memang best...=)
         Ok, stop pasal tu... kite bukak citer baru... pada pendapat korang, merokok ni seksi ke seksa..??? Tp ade setengah pendapat, rse macho plak bile merokok... Bak kata org tu mpak la 'kejantanan' die bile merokok...
Bagi bg khai, its absolutely X MACHO langsung ok... aboh, yg x merokok ni, x macho la ye...?? haha

         Kalo betol la x macho, khai rela x macho pun xpe...hahaha... Banyak kesan negative bile kite merokok, khai x nmpak satu pun kesan positive bile kite merokok, KALAU ADE, please do tell me ok...Nk tau jgak ape yg baik nye kalau merokok...huhuhu




Mengapa saya harus berhenti merokok?
a) Merokok memberi keburukan kepada semua orang, sama ada dirinya sendiri mahupun kepada orang lain. Ia tidak memberi kebaikan kerana:
- Merokok memberi kesan buruk kepada orang di sekeliling anda terutama ahli keluarga.
- Ibu yang mengandung boleh melahirkan anak tidak cukup bulan, kurang berat badan atau mati selepas lahir.
- Kanak-kanak yang terdedah kepada asap rokok boleh menyebabkannya :
1) Sering sakit dengan mengalami batuk-batuk, selsema serta jangkitan telinga, hidung dan tekak.
2) Mengalami perkembangan paru-paru yang lemah
3) Mendapat asma



Hah, tp kalo ade perokok di luar sana yg rsa insaf & ade niat nk berhenti merokok, khai ade jumpe cara2nye... senang je....cube lah, Insya-Allah, mesti boleh...=)
Bagaimana hendak berhenti merokok?
- Pelajari kaedah-kaedah yang betul. Banyak kaedah untuk berhenti merokok. Faktor yang paling penting adalah keinginan anda untuk menjadikannya satu kenyataan.
1) Tetapkan tarikh untuk berhenti
2) Yakin diri
3) Buatkan nota peringatan
4) Katakan pada diri anda “saya bukan perokok”
5) Sentiasa berfikiran positif
6) Dapatkan sokongan
7) Gunakan terapi penganti nikotin
8) Amalkan 12M untuk berhenti merokok
Teknik berhenti merokok – Tip Berhenti Merokok 12 M :
1) Melengah-lengahkan
- Tunggu 5 minit atau katakan nanti sebentar
2) Menarik nafas panjang
- Tarikh nafas 3 kali secara perlahan-lahan
3) Minum air
- Terutama air masak. Elakkan minuman berkafein
4) Menyibukkan diri
- Buat sesuatu bagi mengalih fikiran dan untuk melupakan rokok
5) Menjauhkan diri
- Daripada orang yang merokok
6) Mengelakkan diri
- Daripada suasana atau situasi yang mendorong kepada merokok
7) Mengunyah sesuatu
- Seperti gam dan buah-buahan. Elakkan yang manis
8) Membasuh tangan selalu
9) Mandi dengan kerap
10) Meregangkan otot
- Lakukan senaman regangan apabila rasa mengantuk
11) Meditasi
12) Memohon doa (sebagai umat Islam, ini adalah senjatanya)


Sumber: Merokok Tu x Cool & Tak Nak Rokok Lagi



Sekian saja utk entry kali...Harap ia dpt membantu perokok2 di luar sana..
Salam...=)

1 comment:

Anda Mungkin Berminat