Monday 30 April 2012

Family Day (WHAPHAD) BKG 2012...=)

Assalamualaikum WBT & Salam 1 Malaysia...


Kanak2 riang sentiasa...hahaha

         Untuk entri kali ni khai nk kongsi pasal program last weekend yang mana khai rasa sangat best & mampu mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara kami mahasiswa/i Gas Tech UMP.. Program ni telah pun dijalankan pada 21 April 2012 (Sabtu) bertempat di Pantai Balok, Kuantan. Program ni berlangsung sehari je, yang mana telah melibatkan semua mahasiswa/i Gas Tech dari tahun 1 sehinggalah akak2 & abang2 tahun 4. Walaupun program sehari, tapi Alhamdulillah kami mampu untuk mengenali antara satu sama lain selaras dengan objektif program yang mana utk merapatkan lagi antara kami.

        Terdapat banyak aktiviti yang menarik telah dijalankan disana, antaranya Sukaneka, Explorace dan jugak semestinya aktivit wajib iaitu BBQ...hehehe
Program ni adalah anjuran pelajar tahun 2 yang juga merupakan program tahunan bagi Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia (Teknologi Gas).

        Setiap program pasti akan ade kelemahan2 tersendiri, tapi kelemahan kali ni sngat2 mendukacitakan.
Bas yang dijanjikan sebanyak 2 buah bas pada jam 8.30am x muncul2, selepas 3 1/2 jam menuggu di hentian bas, baru lah muncul dgn sebuah bas sahaja. Bukan niat utk mengaibkan sesape, tp kalo boleh biarlah pengurusan bas tersebut tidak menyusahkan kami mahasiswa/i. Hmmmm...benda dah pun berlaku, malas nk ingat dah, kang x pasal2 tekanan darah tinggi plak..hahaha

         Tapi ade satu benda yang khai paling suka, kesungguhan dan komitmen member yang ditunjukkan dalam berprogram. x semua orang yang suka join program, mampu utk handle or organize the program, tp khai tengok certain kawan2 khai ni, sngat bersemangat dan ade jgak permintaan utk buat program yang lain plak. hahaha
Adeh, malas nk berceloteh panjang [padahal da kering idea nk tulis..hehe..].. gambar2 dibawah adalah gambar sepanjang program Family Day BKG berlangsung. Harap sudi melihat ye...


Muke2 runners (juru gegas ok..) be4 Xplorace... 

 Meredah lautan bagai utk naik atas batu ni..haha
(citer nk gempak aje..huhu)

 Hasil seni Kenrick...kuikui

Rehat seketika di bwah kanopi usang...hehe 

 Makan2 be4 balik UMP..

 Abang2 & Akak2 Tahun 4 (Super Duper Senior)..=)

Senior retis Tahun 3..hehe

 Geng Tahun 2
Adik2 Tahun 1


No comments:

Post a Comment

Anda Mungkin Berminat